Kecintaan Terhadap Rasulullah S.A.W Yang Sangat Tinggi

Seorang Ustaz Turkey menceritakan

“Empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan tandas Masjid Nabawi. Mereka sedang menunggu seseorang.

Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam, menangkap dan memberkasnya. Pemuda itu menjerit dan meminta untuk dilepaskan.

“Saya bukan penjenayah. Saya bukan pencuri. Kenapa tangkap saya?”

Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya.

Dialah anak muda yang sering menangis di kubur Rasulullah SAW. Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 tahun ke 36 tahun. Rambutnya perang. Mempunyai janggut yang agak nipis.

Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya, “Budak ini tak ada masalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”

Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”

Saya menjawab, “Tapi apa masaalah budak ini? Adakah dia mencuri?”

“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi, setiap kali kami cuba menangkapnya, dia akan melarikan diri dan bersembunyi dekat kubur Rasulullah S.A.W. Di dalam masjid, kami tak boleh menangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.

“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.

“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”

Pemuda itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.”

Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”

Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata, “Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum di bawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah kubur Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”

Mereka pun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah, bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”

Lantas pemuda itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,

“Wahai Rasulullah. Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulallah. Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.”

“Akan tetapi ya Rasulullah, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulallah. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku. Kenapa kau tidak masuk campur, kenapa kau tidak masuk campur?”

Dengan kata-kata itu, pemuda itu jatuh terjelepuk di atas lantai. “Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis.

Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi. Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”. Namun pemuda itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya. Namun masih tiada sebarang reaksi dari pemuda itu.

Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati. Ambulan dipanggil ke tempat kejadian. Pasukan perubatan masuk dari pintu 7.

Setelah diperiksa, didapati pemuda itu telah mati sejak 15 minit lalu. Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap pemuda itu.

“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah S.A.W.” Ambulan terus membawa jenazah pemuda itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya. Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah pemuda berkenaan.

Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami.”

Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat maut segera menjalankan tugasnya.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya pemuda Albani itu.

#cintakasihrindubuatRasulullahsaw

Di petik dr FB Khairul Nazwan

Kongsikan untuk manfaat bersama:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Artikel Berkaitan:

Close Menu
Need Help? Chat with us
×
×

Cart